Monday, June 13, 2011

kata-kata hikmah. insyaAllah.

" walaupun kita tidak cantik di dunia, jangan risau, kita masih boleh 'cantikkan' diri kita untuk Allah n untuk akhirat yang kekal abadi."

" jangan risau kalau muka kita naik jerawat, tapi risau la sampai bile solat kita tak khusyu'2 lagi."

" cubalah tutup aurat dengan sempurna kerana antara 10 sebab solat tidak diterima adalah tidak menutup aurat."

" wanita paling banyak kat neraka."

" sebab yang paling banyak kat neraka ialah kerana mulut dan kemaluan."

" kepala dicucuk dengan besi lagi baik daripada bersentuhan dengan bukan muhrim"

" bila niat untuk dapatkan benda halal, jauhilah benda haram, insyaAllah Allah akan permudahkan benda halal itu."

" hormatilah ibu bapa."

" trus istighfar bila rasa riya' atau tak ikhlas dalam melakukan apa2 sahaja."

" bila kita tak dapat apa yang kita nak, atau kena uji, fikirlah dosa yang telah kita lakukan, sedar diri, bukannye kita baik sangat."

" sabar bila dapat ujian, syukur bila dapat nikmat."

" utamakan urusan dengan Allah dahulu, baru urusan dengan manusia."

" apabila azan, cepat2la mengerjakan solat sebab takkanla urusan dunia lagi besar daripada Allahu Akbar- Allah Maha Besar. takkan tv lagi besar daripada Allah. ganjaran Allah bagi lagi best daripada dunia."

" dosa mengumpat hanya akan diampunkan oleh orang yang kita umpatkan. even Allah pon takkan ampunkan."

" pakai tudung tutup dada, baju tak ketat atau jarang."

" Kecantikan perempuan bermula selepas berkahwin, hanya untuk ditunjukkan kepada suami."

" menjauhi/ menahan diri daripada melakukan maksiat adalah satu jihad."

" letakkan Allah dalam semua benda yang kita buat melalui doa kepada Allah sebelum melakukan sesuatu- minta Allah permudahkan."

" bila melakukan sesuatu contohnya dalam peperiksaan, bila kita sudah berdoa, apa yang Allah tolong lagi banyak daripada apa yang kita lupa. ada lah tu dosa yang kita lakukan. jangan salahkan Allah tak ingatkan kita. siapa lah kita, jangan jadi tak bersyukur."

" syukur je, insyaAllah Allah tambah nikmat."

" Al-Mulk mencegah daripada siksa kubur."

" Al-Waqiah mengelakkan papa."

" malu dan iman berjalan seiring. tanpa malu, tiadalah iman, tanpa iman, tiadalah malu."

" kalau baca Yaasin setiap hari, insyaAllah malaikat pun mendoakan keampunan bagi kita."

" walaupun sekejap sahaja kita dedah aurat, tapi kena siksa lama kat akhirat. tempat2 yang kita dedahkan tu la kena bakar dengan api neraka."

No comments:

Post a Comment