Wednesday, December 22, 2010

15 Musuh Iblis

Menurut riwayat Wahab bin Munbih, pernah terjadi peristiwa di mana Allah SWT memerintahkan Iblis menemui Nabi Muhammad SAW dan menjawab segala pertanyaannya. Lalu Iblis pun mengunjungi Baginda dengan menyamar sebagai seorang tua bangka yang memegang tongkat.

Nabi bertanya:"Man anta?"(Siapa anda?)
"Saya Iblis" jawabnya.
"Apakah maksudmu datang?" tanya Rasulullah.
"Tuhan memerintahkanku supaya menemui anda dan menjawab segala pertanyaan anda" jawab Iblis.
"Wahai Iblis, berapakah banyaknya musuh-musuhmu dari umatku?" tanya Rasulullah.
"Lima belas orang" jawab Iblis.

1. Nabi Muhammad SAW
2. Imam yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya khusyu'
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang taubat dan tetap atas taubatnya
9. Orang yang tidak mahu membuat kemungkaran
10.Orang beriman yang sentiasa berwudhu'
11.Orang beriman yang banyak bersedekah
12.Orang beriman yang berkelakuan baik
13.Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
14.Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15.Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam, sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya.

sumber daripada Buku Sedarkah Kamu Wahai Manusia. Antara Semalam dan Hari Ini. (Wan Md Jamal bin Wan Md Saman)

Golongan yang tidak akan ditimbang (di Mizan)

- para Nabi dan Syuhada
- orang yang tidak dihisab seramai tujuh puluh ribu orang. mereka juga tidak ditimbang
- orang yang mati dalam husnul khatimah. iaitu mengucapkan kalimah tauhid di saat roh keluar dari tubuhnya
- orang yang qanaah. iaitu orang yang sangat sabar memikul cubaan Allah SWT. Berkata Hasan Ibn Ali r.a., bahawa nenekku (Nabi Muhammad SAW) berpesan kepadaku, "Hai cucuku! Biasakanlah dirimu Qanaah. nanti engkau akan lebih kaya di antara sekalian orang. Dan biasakanlah dirimu membayarka yang fardu. Nanti engkau akan lebih banyak ibadah daripada sekalian orang. Hai cucuku! Di dalam Syurga ada sebangsa kayu yang bernama Balwa. Kayu ini diberikan kepada orang yang Qanaah. Untuk orang yang seperti itu mereka tidak akan ditimbang di dalam mizan." Lantas Nabi SAW membacakan sepotong ayat, "Bahawa sesungguhnya orang yang sabar itu akan mendapat upah dari Allah iaitu mereka tidak akan dihisab."

wallahua'lam.
dipetik daripada Buku Sakaratul Maut dan Alam Kubur. (Abd. Shukur)

Perkara yang memberatkan timbangan

Adapun perkara yang ikut memberatkan timbangan kebajikan itu ialah:
-budi pekerti yang baik
-selawat akan Nabi SAW

Bersabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Tidak sesuatu pun yang ikut memberatkan timbangan itu di akhirat selain dari budi pekerti yang baik" (Rawi Syaikhan)

Dalam Hadith yang lain dikatakan bahawa yang ikut memberatkan timbangan itu ialah "Selawat akan Nabi SAW"

-petikan daripada buku Sakaratulmaut dan Alam Kubur. (Abd. Shukur)