Monday, December 21, 2009

doa....

Ya Allah seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Sekiranya Engkau telah takdirkan dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah daku dari kekecewaan

Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Dan janganlah Engkau menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan
Hidup ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin...

if we really love someone, juz pray to Allah coz He is da only one that can fulfill our prayer....

No comments:

Post a Comment